suria

Adlin: “Saya beri kritikan agar ‘lecturer’ faham..."

ADLIN memberi teguran kepada pelajar-pelajar AF 7 agar mereka tidak ulangi kesilapan yang sama.
ADLIN memberi teguran kepada pelajar-pelajar AF 7 agar mereka tidak ulangi kesilapan yang sama.
ADLIN memberi teguran kepada pelajar-pelajar AF 7 agar mereka tidak ulangi kesilapan yang sama.

SUDAH beberapa minggu pelakon, pengarah dan pengkritik tetap Akademi Fantasia 7, Adlin Aman Ramli menegur perkara yang sama kepada para peserta agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada minggu seterusnya.

Namun, kritikan membina itu seakan-akan kurang mendapat perhatian peserta dan tenaga pengajar apabila masih terdapat peserta yang mengulangi kesilapan tersebut.

“Saya beri kritikan agar ‘lecturer’ faham lagipun saya hanya mempunyai masa kurang dari seminit,” kata Adlin selepas program tersebut berakhir.

Secara keseluruhannya Adlin menginginkan peserta menunjukkan ‘evolution’ dan perlukan usaha lebih kerana mereka terlalu selesa dengan apa yang ada.

Adlin berkali-kali menyebut tentang ‘first round’ dan ‘second round’ lagu seperti yang dikritik kepada Claudia dan Rubisa.

“Aspek dramatik dan elemen dalam persembahan menjadi konsistensi dan fokus saya.

“Mereka tak boleh menunjukkan pengulangan tetapi harus memberikan persembahan yang meninggalkan kesan kepada audiens.

“Saya rasa tenaga pelajar perlu menekankan tentang hal itu dan menerangkan kepada pelajar agar mereka menunjukkan peningkatan pada minggu hadapan,” ulas Adlin.

Adlin juga memberikan komen kepada Isma agar menterjemahkan lagu nyanyiannya dengan cara berbeza berbanding penyanyi asal.

“Komen tentang terjemahan lagu itu bukan sahaja ditujukan kepada Isma tetai juga kepada pelajar lain.

“Ketika menyanyikan lagu orang lain, pelajar tidak pernah ada keberanian untuk menginterpretasinya berlainan daripada penyanyi asal.

“Susunan muzik sahaja yang baru dan bukannya kawalan dan ‘feeling’ lagu itu.

“Pelajar masih menggunakan idea yang lama dan tiada transformasi lagu.

“Misalnya, saya juga mengkritik Qhaud yang terlalu mengikut cara Latif Ibrahim ketika menyanyikan lagu Pilihlah Aku pada minggu ketiga,” beritahu Adlin yang mengaku Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz masih menjadi peserta kesukaannya.

Dalam kritikannya, Adlin menyifatkan persembahan Hafiz sudah berada di tahap yang tinggi dan berbeza daripada peserta lain. Justeru, dia menginginkan tenaga pengajar memilih lagu yang lebih mencabar untuk Hafiz.

Mungkin ada lagu yang Adlin boleh cadangkan untuk Hafiz?

“Saya rasa tenaga pengajar lebih tahu tentang lagu yang sesuai untuk Hafiz.

“Mereka perlu ‘push’ dan bagi tugasan yang mencabar kepadanya.

“Ada banyak lagu dalam dunia ini. Walau fakulti tekankan AF sebagai konsep famili tetapi ia tetap pertandingan.

“Mereka perlu memberikan task kepada pelajar yang lebih kompetitif.

“Jangan anggap mudah dan rasa selamat.

“Saya nak tengok ‘good fight’,” ujarnya.

Adlin juga menambah yang dia kecewa apabila dua lagi pelajar kesukaannya, Rubisa Tiasin dan Nur Fazelah @ Zizie Mohd.Tahil atau Zizi tersingkir semalam.

Menyentuh tentang transformasi sehingga minggu keempat ini, Adlin berkata dia hanya melihat transformasi pada bentuknya.

“Secara fizikal, pelajar baru merungkai kefahaman dan kreativiti seni persembahan tetapi bukan secara mutlak,” giat Adlin yang kelihatan kurang berpuas hati dengan kritikan balas yang diberikan oleh tenaga pengajar, guru motivasi dan bahasa Inggeris Fatimah Abu Bakar dan guru vokal persembahan Siti Hajar.

“Mereka patut cakap secara ‘detail’ dan sepatutnya memberikan respon dengan kami selepas konsert seperti dalam kelas pembelajaran.

“Let us talk and break them nicely and practically,” ulas Adlin.

Komposer dan pengkritik tetap Edrie Hashim mencelah: “Kami agak ‘tone down’ sedikit untuk memberikan kritikan padahal kami hendak memberikan kritikan yang membina kepada peserta.”

Dalam pada itu, penyanyi dan pengkritik undangan Amy Search pula berkata: “Kami bukan hendak menjatuhkan peserta.

“Mereka memang menyanyi dengan bagus tetapi tiada apa yang nak buktikan kepada penonton.

“What else? Sudah ada kekurangan di situ.”

Seorang lagi pengkritik undangan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza juga bersetuju dengan ketiga-tiga pengkritik tersebut.

“Kami memang dipanggil untuk mengkritik. Setiap kritikan perlu diterima dengan terbuka.

“Saya rasa mungkin sebab tenaga pengajar sudah selalu dengan pelajar, jadi sebab itu mereka kuat mempertahankan pelajar.

“Kesimpulannya, kami telah menjalankan tugas kami dan mereka membuat tugas mereka,” ulas Siti yang pantas meredakan keadaan setelah cara tenaga pengajar mencelah ketika pengkritik memberikan kritikan didakwa boleh menjatuhkan kredibiliti pengkritik dan membuatkan mereka sukar memberikan lebih banyak kritikan yang ‘tajam’.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagul menjelaskan tindakan tenaga pengajar itu memang sudah dirancang agar mereka dapat memberikan penjelasan kepada semua pihak.

“Sekurang-kurangnya ia memberikan pengajaran kepada semua dan saya tidak memikirkan konflik akan tercetus jika hal ini dilakukan,” tambahnya yang turut tidak menolak kemungkinan jika ada undian AF masuk selepas ini.

Kata Khairul Mizan: “Tak mustahil jika ada undian AF masuk tetapi kami belum rancang setakat ini.”

Ganti persembahan 1 minit Qhaud

Disebabkan masalah teknikal yang dihadapi ketika Mohd Qhauhd Abdul Rashid atau Qhaud melakukan persembahan, peserta yang menyampaikan lagu Di Taman Teman ini diberikan peluang menyanyikan buat kali kedua.

“Semasa persembahan Qhaud, penonton di rumah tidak dapat menonton dan mendengar nyanyiannya dalam satu minit.

“Jadi, kami membuat keputusan untuk Qhaud menyanyi sekali lagi kerana program ini dibuat secara langsung.

“Atas masalah teknikal ini, sebab itu kami bagi peluang kepada Qhaud,” jelas Khairul Mizan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain