Yatt dan Talib kini bahagia melayari kehidupan berumahtangga - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOFSAAT manis bergelar 'pengantin baru' masih lagi dirasai oleh pelakon dan pengacara, Haryati Hamzah atau mesra dengan panggilan Yatt. Baru seminggu menjadi isteri, Yatt akui kehidupannya kini sudah banyak berubah.Tanggungjawab yang dipikul tidak lagi seringan dulu. Namun, dalam nada ceria, aktres berusia 29 tahun ini cukup seronok memegang status baru itu dalam hidupnya. "Walaupun dalam tempoh seminggu ini saya dan suami sibuk menguruskan persiapan untuk dua majlis persandingan kami, tetapi saya tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai isteri."Sempat juga saya memasak untuk suami dalam dua hari ini," kata Yatt ketika ditemui pada resepsinya di De'Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya, Sabtu lalu.Yatt kelihatan anggun dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan Lynda Rahim pada majlis persandingannya dan suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, yang berkonsepkan moden dan santai itu.Sekitar 500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna putih dan ungu itu.Acara yang bermula sekitar pukul 1.30 petang itu dimulakan dengan majlis persandingan, merenjis dan acara memotong kek. Sesi karaoke juga turut diadakan pada majlis bersejarah mereka itu.Walaupun diadakan di dalam suasana yang santai, kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan mempelai itu yang akui cukup gembira majlis perkahwinan mereka berjalan lancar.Resepsi kedua di sebelah pihak Yatt juga turut berlangsung di lokasi yang sama pada sebelah malamnya.Lebih bertuah lagi, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering.Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan mereka sebelum ini ditaja oleh Butik Pesona Anggun.Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).Walaupun sedar, popularitinya tidak 'sehebat' artis-artis lain, Yatt tetap melahirkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang sanggup menjadi penaja perkahwinannya itu."Kebanyakan penaja ini sebenarnya adalah rakan-rakan saya dan ada diantaranya pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini."Jadi, saya anggap ini sebagai tuah kerana mereka sudi menaja majlis saya ini," tambah Yatt sambil tersenyum.Bercerita tentang perancangannya selepas kahwin, kata Yatt, dia akan kembali aktif berlakon selepas ini. Kesibukan tugas masing-masing itu juga membuatkan pasangan ini masih mencari masa yang sesuai untuk pergi berbulan madu."Cuti kami amat pendek, jadi sebarang perancangan untuk berbulan madu masih lagi belum dibuat. Tapi, mungkin kami akan memilih sebuah pulau sebagai destinasi 'honeymoon' nanti," tutur Yatt.Yatt dan Talib bernikah pada 29 Mac lalu di Seremban, Negeri Sembilan.Pada majlis pernikahan mereka itu, Yatt menerima mas kahwin sebanyak RM280.80 serta lima dulang hantaran oleh pihak lelaki dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.Yatt bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan oleh suaminya itu.Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.Setelah merasakan keserasian antara mereka wujud, Yatt akhirnya yakin jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya.Ditanya tentang perancangan mempunyai anak, Talib yang berada di sebelah Yatt sambil tersenyum berkata:"Kami tidak pernah merancang untuk mempunyai berapa orang anak. Terserahlah kepada rezeki yang Allah berikan, kami terima saja," kata Talib.