Walaupun telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Anna Kournikova, Enrique belum terfikir lagi tentang perkahwinan ENRIQUE Iglesias nampaknya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin.Penyanyi itu yang telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan pemain tenis, Anna Kournikova, menegaskan dia belum terfikir lagi tentang perkahwinan. "Saya berada di tempat yang betul sekarang dan saya tidak mahu berkahwin. Saya tidak rasa patut berbuat demikian pada masa dan umur sekarang."Melainkan jika saya ada anak," katanya.