Emma Watson dipilih sebagai wajah baru jenama fesyen mewah, Burberry AKTRES Harry Potter, Emma Watson kini sebaris dengan Kate Moss, Agyness Deyn dan Rachel Weisz apabila dia dipilih sebagai wajah baru jenama fesyen mewah, Burberry.Burberry adalah kempen iklan terbesar yang pertama buat aktres berusia 19 tahun ini dan dilihat sebagai platform yang baik untuk melonjakkan lagi kariernya. "Emma mempunyai kecantikan yang klasik," kata pengarah kreatif Burberry, Christopher Bailey.