M. Subash. - foto THE STAR oleh AZMAN GHANISEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu. Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu."Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam."Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.