suria

Angel untuk Charlie, Farrah Fawcett meninggal dunia

LOS ANGELES: Farrah Fawcett, 62, yang merupakan bintang The Charlie's Angels pada 70-an meninggal dunia ekoran kanser.

Jurucakap Hospital Santa Monica, Paul Bloch memberitahu, mendiang menghembuskan nafas terakhir sebelum 9:30 pagi di hospital tersebut.

Nama Fawcett mula meniti bibir orang ramai apabila tampil sebagai salah seorang Angel dalam rancangan televisyen popular, Charlie's Angels.

Fawcett bagaimanapun hanya bertahan satu musim untuk rancangan kegemaran penonton itu.

Dia didapati menghidap kanser pada tahun 2006.

Bulan ini, Fawcett sepatutnya berkahwin dengan teman rapatnya, Ryan O’Neal tetapi hasratnya tidak kesampaian. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain