suria

Punca kematian Jackson masih belum dikenalpasti

Michael Jackson ketika menerima kemasukannya dalam senarai "Rock and Roll Hall of Fame" di Hotel Waldorf Astoria, New York. foto - AFP
Michael Jackson ketika menerima kemasukannya dalam senarai
Michael Jackson ketika menerima kemasukannya dalam senarai "Rock and Roll Hall of Fame" di Hotel Waldorf Astoria, New York. foto - AFP

Para doktor yang menjalakan proses bedah siasat ke atas Michael Jackson belum lagi dapat mengenal pasti punca kematian "Raja Pop itu". Beliau sudah tidak sedarkan diri apabila sekumpulan paramedik tiba di rumahnya di Holmby Hills.

Pada masa yang sama doktor peribadinya juga cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Michael.

Bintang Popular berusia 50 tahun itu dikejarkan ke hospital berdekatan, pusat perubatan UCLA, dan telah disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Laporan mengenai punca kematiannya akan ditunda, pemeriksaan tambahan seperti toksikologi dan lain-lain akan dibuat," kata Jurucakap kumpulan pemeriksa, Craig Harvey.

"Pemeriksaan tersebut akan mengambil masa empat hingga 6 minggu,"tambahnya.

Ketika bercakap kepada media, Harvey turut menjelaskan bahawa tiada kecederaan pada luar pada badan Michael yang ditemui.

Polis dilaporkan akan menyoal siasat doktor peribadi Michael Jackson, Dr. Conrad Murray.

Laman web TMZ.com melaporkan seorang rakan yang rapat dengan keluarga Jackson tetapi enggan dikenali berkata Michael telah disuntik dengan Demerol, sejenis ubat penahan sakit kira-kira setengah jam sebelum beliau tidak menyedarkan diri. REUTERS

Sebagai tanda penghargaan kepada Michael Jackson, 8TV malam ini akan menayangkan konsert "Michael Jackson LIVE in Bucharest: The Dangerous Tour' selama dua jam pada pukul 10.45 p.m.

Artikel Lain