suria

Aditya: Bila wartawan dilayan seperti 'sumpah-sumpah' oleh artis

Insiden pelakon Abby Abadi menyerbu bekas suaminya, Norman Hakim di lokasi pengambaran menjadi perhatian apabila ramai wartawan yang mengerumuni mereka.
Insiden pelakon Abby Abadi menyerbu bekas suaminya, Norman Hakim di lokasi pengambaran menjadi perhatian apabila ramai wartawan yang mengerumuni mereka.
Insiden pelakon Abby Abadi menyerbu bekas suaminya, Norman Hakim di lokasi pengambaran menjadi perhatian apabila ramai wartawan yang mengerumuni mereka.

ORANG media antara yang paling rapat dengan artis. Wartawan hiburan antara yang banyak menyimpan rahsia artis - kisah dalam kain, luar kain malah di balik kain langsir sekalipun. Daripada tugas, mereka menjadi akrab sehingga ada menjadi tempat luahan masalah peribadi, ada shoulder to cry on!

Tidak kurang juga yang sekadar rapat tetapi jenis yang masih boleh menyimpan rahsia artis. Kadang-kadang profesionalisme diketepikan demi menjaga nama dan aib seseorang selain menghormati kehendak mereka yang berstatus selebriti atau orang dikenali ini.

Ada benarnya apabila peminat atau masyarakat bertanyakan mengenai simpanan rahsia ini! Tidak semua yang ditulis media atau dipaparkan di ruangan hiburan TV atas alasan menjaga nama dan hubungan baik yang terjalin.

Perlu juga dijelaskan hubungan baik itu ada ketikanya sengaja diadakan kerana membimbangkan ketajaman pena dan kelancangan soalan yang tak bertapis tepi daripada wartawan. Bukan skeptical tetapi secara jelasnya, pengalaman ini dilalui sendiri beberapa teman media Aditya.

Artis begini memang ada. Memang jenis yang tak kacau orang dan sebab itu mereka juga berharap tiada orang yang kacau mereka walaupun menjadi tugas orang media mendedahkan apa yang patut didedahkan dan memiliki nilai berita.

Apabila pendedahan dilakukan terutama oleh wartawan yang berprinsip dan mengetepikan soal emosional, maka wartawan itu dianggap berhaluan kiri hanya semata-mata tidak mengikut haluan kebanyakan yang jenis kaki angguk. Jenis kaki angguk dengan jenis yang tiada pendirian, lebih kurang sama sahaja.

Walaupun hanya mengangguk macam sumpah-sumpah, mereka juga tidak terlepas daripada terkena sumpahan permainan artis yang suka menggunakan kesempatan. Padan muka? Tiada istilah itu di sini dan tiada juga masalah keserikan kerana wartawan tetap dengan tugas mereka dan artis tetap dengan permainan mereka.

Bayangkan ada cerita seorang teman media yang terlalu menjaga nama baik artis yang lebih sinonim dengan panggilan sebagai rakan artis, sehingga menyimpan rahsia artis walaupun penghujungnya membuatnya makan hati apabila wartawan yang seharusnya mempunyai scoop telah dipecahkan scoop itu kepada media lain.

Kata teman Aditya ini, pernah dia mendapat cerita mengenai perkahwinan seorang selebriti, perkahwinan yang dirahsiakan.

Lebih membuktikan dengan layangan gambar-gambar perkahwinannya menerusi internet. Cuba menjadi wartawan bertanggungjawab, lalu artis itu dihubungi untuk pengesahan.

Mulut manis artis yang lebih lembut gigi daripada lidah ditelan teman tadi supaya cerita itu tidak disebarkan kerana ia terlalu peribadi.

Kisah peribadi tidak elok dicampurkan karier, kata artis itu lebih kurang kepada teman Aditya. Lagipun dia dijanjikan akan menjadi wartawan pertama akan diberitahu tentang perkahwinan itu apabila artis tersebut telah bersedia. Inilah scoop!

Bagaimanapun penghujungnya berjalan dengan cerita lain. Yang tidak elok dicampur-aduk di antara kisah peribadi dan karier itu dibongkar dan diakui sendiri oleh artis tadi kepada media lain. Scoop ke mana, janji ke mana!

Ada lagi beberapa kes yang seumpamanya tetapi cukuplah dengan contoh yang dilalui teman tadi. Teman yang semakin serik dengan kepercayaan yang dicalari rakan artis sendiri.

Ini sebahagian daripada cebisan kehidupan dunia artis. Bukan menidakkan semua artis yang luhur memperjuangkan seni dan menjadikan sumber rezeki mereka, namun situasi beginilah yang menjadi perosak kepada industri keseluruhan seperti seekor kerbau yang membawa lumpur sehingga memalitkan kekotoran kepada kawanan kerbau yang lain. Ada mereka kisah itu semua? Cuma yang dikisahkan punggung sendiri.

Namun Aditya percaya golongan media yang suka mengangguk ini tidak serik sebab mereka suka menjaga nama artis atas nama sebuah persahabatan. Paling tidak, mereka putuskan hubungan.

Selalunya kalau kisah dalam kain didedahkan, orang terus mengecop wartawan suka menyibuk. Wartawan dilabelkan jahat dan menyiarkan berita-berita palsu. Kalau ada yang palsu pun, hanya kerana menjaga nama baik rakan artis. Tetapi siapa yang makan hati?

Artikel Lain