Intan masih 'berkias-kias' tentang hubungannya dengan Kamal. -foto mStar oleh SITI AZIRALEBIH tiga tahun pelakon Intan Ladyana berkecimpung dalam industri lakonan ini, kini namanya semakin dikenali malah dirinya juga menjadi buruan beberapa pengarah dan produser.Gadis berwajah kacukan Melayu-Thailand ini juga menyedari perubahan yang berlaku dalam dirinya dari dulu hingga sekarang. Dari seorang gadis yang pendiam, Intan mengakui dirinya kini tidak henti berceloteh dan perlakuannya itu jelas kelihatan semasa sesi temubual berlangsung.Jelasnya, dia mudah untuk beramah mesra apabila bertemu dengan orang-orang tertentu samada di dalam mahupun di luar lokasi pengambaran.“Dulu saya seorang yang pemalu tetapi apabila menjadi artis ni secara automatik saya menjadi ramah kerana selalu pergi karnival dan majlis melibatkan orang ramai. Jadi, ia sedikit sebanyak membantu saya dalam ‘public speaking’.“Kalau saya tak selesa, saya takkan bercakap dengan orang itu,” ulas Intan yang turut memahami serba sedikit percaturan yang perlu ditempuhi dalam dunia artis ini.Bukan mudah untuk menjadi artis yang disanjungi dan disukai ramai kerana setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan.Jadi, tidak hairanlah ada antara mereka yang mendapat jolokan artis hipokrit dan ‘plastik’.Intan sendiri mengakui tentang fenomena itu namun dia sebolehnya mahu mengelak daripada dilabel ‘artis plastik’.“Saya bukan ‘artis plastik’ dan rasanya belum pernah lagi dilabel seperti itu.“Tetapi, saya biasa mendengar tentang gelaran itu kerana sesetengah artis ada yang tidak cukup tidur dan rehat kerana sibuk berlakon dan dalam masa yang sama terpaksa melayan kerenah peminat yang pelbagai jenis.“Sebab kan itu, orang kata kita sombong sedangkan mungkin artis tu betul-betul sombong atau tidak.“Bagi saya, lebih baik menjadi diri sendiri. Saya ni jenis orang lain mudah nampak kalau saya tak suka seseorang itu,” ujarnya.Sebagai artis, Intan juga tidak lari daripada dilanda gosip. Baru-baru ini, selepas putus cinta dengan Kevin Zahri, seorang selebriti yang pernah dilantik menjadi penasihat pemakanan dan kecergasan untuk para pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), namanya dikaitkan bercinta dengan aktor Kamal Adli.Intan dan Kamal semakin rapat setelah sama-sama berlakon menerusi drama bersiri ‘Bio-Nik’ terbitan KRU Studios.Intan juga pernah memberikan sedikit bayangan ciri-ciri ataupun kriteria lelaki idaman yang mampu bertakhta di hatinya sememangnya dimiliki Kamal iaitu baik hati, mudah serasi, memahami, penyabar dan kacak.“Gosip dengan Kamal...sebagai artis memang tipu lah kalau artis itu tidak dilanda gosip kerana ikutkan gosip di Hollywood lagi teruk.“Bagi saya, biasa saja apabila digosipkan dengannya kerana saya dan dia memang rapat tetapi tak berani nak kata yang kami sedang bercinta.“Bukan apa, saya takut tak jadi. Kalau saya boleh rahsiakan, saya akan rahsiakan dulu kerana tak nak malu nanti..,” jawabnya yang tidak lama selepas itu secara tak langsung mengakui sudah mempunyai pengganti Kevin.Dengan kepadatan jadual lakonannya sekarang, Intan dengan penuh ceria berkata dia masih mempunyai waktu untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan ‘tetttt’ sambil menekan jari telunjuk di meja seolah-olah menekan butang.Ditanya apakah maksudnya itu, adakah ‘si dia’? Dia hanya menjawab, “Kalau ‘tettt’ tu sudah tentu la..”Dalam bulan puasa ini, Intan menjalani pengambaran drama lapan episod berjudul ‘Sepuluh’, drama 13 episod ‘Mama Murai’ dan telefilem ‘Kekasihku Is Setan’.“Ikutkan memang saya boleh tolak mana-mana tawaran lakonan ini tetapi saya terima sebab dah rezeki.“Drama ‘Sepuluh’ saya dah terima dari bulan Jun lagi tetapi ‘delay’ kerana pihak produksi suka mengambil cuti dua hingga tiga hari selepas siap pengambaran sebuah episod itu.“Sepatutnya, masa dan jadual lakonan saya juga takkan bertembung. Tetapi, bila ini berlaku ada hari tertentu yang saya rasa membebankan kerana tak cukup tidur,” tuturnya yang telah berlakon lebih 10 buah drama dan telefilem.Antaranya adalah ‘Puaka Topeng Putih’, ‘Tuah Kembali’, ‘Naik Hantu’ termasuk yang belum disiarkan iaitu ‘Tunang Pak Lang, Drebar Pak Lang’ dan ‘Bisikan Syaitan’.Intan tanpa berselindung mengakui setiap bayaran lakonan yang diterimanya akan digunakan untuk membeli-belah lebih-lebih lagi kasut dan beg tangan di tempat membeli-belah kesukaannya iaitu Suria KLCC dan Pavillion.Dalam masa yang sama, Intan yang memegang watak Shiela dalam ‘Mama Murai’ juga sedang berkira-kira untuk membeli rumah sendiri untuk dijadikan aset pada masa depan.Menyentuh tentang Hari Raya, Intan berkata dia akan menghabiskan masa di Malaysia berbanding meraikan di Thailand seperti tahun sebelumnya.“Tahun lepas, saya beraya di Pattani dan ingat nak balik Bangkok tapi tak dapat sebab bimbang dan takut dengan H1N1 (Selesema Babi).“Nampaknya melepaslah peluang saya untuk membeli-belah di sana. Jadi, saya akan beraya di sini (Malaysia) saja tapi tak tau lagi di mana,” akhirinya yang turut akan memasuki pengambaran drama 26 episod ‘Jangan Pandang Belakang The Series’ pada awal Oktober nanti.Dalam banyak-banyak watak, Intan sempat berkongsi yang dia belum diberikan watak Orang Kelainan Upaya (OKU) atau hantu.Bagaimanapun, dia juga teringin untuk berlakon drama berbentuk tarian seperti filem ‘Step Up’ atau drama ‘Tari Tirana’ kerana dia menyukai tarian moden.