Farawahida kini tenang dan gembira setelah berjaya keluar dari kepompong masalah yang melandanya selama ini. - foto mStar OnlineKEMELUT persengketaan antara penyanyi, Farawahida Razali dan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah mesih belum menemui jalan penyelesaiannya.Malah kenyataan yang telah diberikan oleh Julfekar sendiri mengatakan dia merasa sukar untuk memaafkan Fara kerana terlalu sakit hati dan perit untuknya terima. Bagaimanapun, Fara yang popular dengan lagu 'Tanpamu' ini tidak bersikap keras hati mahupun ego, Fara sendiri mengatakan dia telah mengambil kesempatan pada bulan Ramadan lalu dan juga Syawal ini untuk memohon maaf kepada individu-individu yang terguris hati di atas segala kesilapannya serta memaafkan kesilapan mereka."Saya tidak tahu sebarang tindakan dari pihak di sana, tetapi saya ini hanya manusia biasa, sedangkan Tuhan pun boleh memaafkan semua orang inikan pula saya yang hanya insan kerdil."Saya tak kisah kalau dia (Julfekar) tidak mahu maafkan saya, tetapi sepanjang bulan Ramadan lalu dan Syawal ini, saya telahpun memaafkan segala salah silap yang ada sesetengah pihak buat pada saya."Saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang ada terguris hati atau terasa dengan sebarang perbuatan atau kesilapan yang saya buat," jelasnya Fara yang ditemui ketika menjayakan kempen jom balik kampung anjuran SuriaFM dan Munch's di stesyen KTMB Kuala Lumpur, baru-baru ini.Namun ketika diminta mengulas lanjut mengenai situasi sebenar kes antara Fara-Julfekar, Fara enggan memberikan sebarang kenyataan kerana kes ini masih di dalam siasatan dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lain."Saya rasa lebih baik saya tidak memberikan sebarang kenyataan, sebab kes ini masih dalam siasatan. Jadi saya tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lain."Cukuplah saya menderita selama ini dengan berbagai tindakan dan tuduhan darinya... saya ingin serahkan segalanya kepada pihak polis dan saya ingin lebih beri tumpuan pada keluarga."Malah sekarang kehidupan saya dah bertambah baik dan Insya-Allah mula hujung tahun ini saya akan menceburi pelbagai bidang lain."Sekarangpun saya sudah terima tawaran berlakon dalam sebuah teater bangsawan dan akan diberikan watak utama, jadi kehidupan saya sekarang sudah bertambah baik," jelas Fara yang juga masih banyak menerima undangan nyanyian sepanjang bulan puasa.Ujar gadis kelahiran Taiping, Perak ini juga, setelah dia berjaya keluar dari kemelut masalah tersebut dia kini sudah semakin tenang, matang dan sudah mengenali erti kehidupan di dunia yang sebenarnya."Saya anggap segala masalah yang berlaku itu sebagai satu pengalaman dan pengajaran buat saya untuk menjadi lebih kuat dalam mengharungi hari-hari yang mendatang."Kini saya sudah mengenali erti sebenar kehidupan di dunia ini dan saya sudah mula berdiri di atas kaki saya sendiri."Bagaimanapun saya sangat gembira dan tenang sekarang, malah saya amat bersyukur dengan segala dugaan yang saya terima."Apa yang penting bagi sekarang ini keluarga saya sentiasa ada bersama saya dan tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada saya."Mereka lebih mengenali saya, itu sudah cukup bagus. Sekarang saya hanya akan terima kritikan dari keluarga sahaja, kerana saya tahu kritikan mereka adalah jujur, jika dari pihak lain saya akan fikirkan terlebih dahulu," jelas penyanyi berusia 24 tahun ini.Syawal paling bermaknaFara yang menyambut hari raya di rumah keluarganya di Taiping, Perak selama dua minggu mengatakan hari raya pada tahun ini lebih bermakna buatnya sejak bergelar seorang artis."Saya dapat rasakan hari raya pada tahun ini lebih bermakna buat saya kerana sejak bergelar artis saya tidak pernah mempunyai masa yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga saya."Hari raya yang lepas juga saya hanya sempat beraya di Taiping beberapa hari saja, tapi tahun ini saya sudah ada banyak masa untuk keluarga dan diri saya sendiri."Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan ramai ahli-ahli keluarga yang datang dari jauh, berjumpa semula dengan kawan-kawan lama dan merasakan suasana beraya yang sebenarnya."Selain itu, saya juga sudah berjaya mendapatkan lesen memandu saya sendiri... jadi itu menjadi satu kebanggaan buat saya. Bila kita berjaya dapat lesen memandu sendiri, kita akan rasa lain, sentiasa rasa seronok dan tidak sabar-sabar untuk memandu," kata Fara.Fara yang akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama dan kedua, merancang untuk mula berjalan jauh dengan keluarganya pada raya ketiga nanti."Sekarang saya dah ada lesen memandu, jadi boleh saya meronda-ronda lebih jauh dengan keluarga saya nanti."Tetapi pada raya ketiga baru kami akan berjalan jauh, raya pertama dan kedua tu kami akan adakan rumah terbuka untuk saudara mara dan jiran terdekat," jelasnya.Moga hari raya ini dapat memberi sinar baru buat Farawahida untuk melupakan seketika masalah yang dihadapinya di dalam dunia bergelar artis.