Oprah Winfrey mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin rancangan televisyennya "Oprah". Ia disiarkan dari Central Park, New York pada 18 September 2009. -Foto REUTERSPENGACARA terkenal Oprah Winfrey yang pernah menemuramah arwah Michael Jackson (MJ) pada tahun 1993 mendedahkan Raja Pop itu sebenarnya kesunyian.Dalam temuramah itu, MJ bercakap mengenai zaman kanak-kanak, pembedahan plastik dan kisah cintanya. Media memetik penyanyi yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu itu sebagai berkata: "Objektif saya, pada pendapat saya, adalah sedaya upaya memberikan apa-apa yang terbaik."Sambil membicarakan pengakuan MJ itu, Oprah berkata, "saya terkejut dia sanggup berbuat demikian. Sekarang baru saya faham betapa sunyinya MJ."Saya dengar dan rasa kesunyiannya tetapi saya tidak sedar betapa sunyinya MJ."Oprah juga memberitahu terdapat nada 'takut dan sedih' dalam suara MJ ketika Raja Pop itu bercakap tentang zaman kanak-kanaknya.Menurut Oprah, selain itu, MJ memberitahunya dia ingin disayangi di mana saja dia berada.Dalam dunia hiburan, seorang selebriti berkemungkinan mengalami kesunyian apabila menjadi popular. Itulah yang berlaku kepada Raja Pop.