suria

Siti: Datuk K hanya untuk saya..

Siti tidak kisah tentang nama Datuk K yang turut digunakan untuk gelaran bakal suami Umie Aida.
Siti tidak kisah tentang nama Datuk K yang turut digunakan untuk gelaran bakal suami Umie Aida.
Siti tidak kisah tentang nama Datuk K yang turut digunakan untuk gelaran bakal suami Umie Aida.

GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.

Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.

Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:

“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru.

“Saya rasa orang lain pun dah tahu Datuk K yang Umie nak kahwin tu adalah Datuk K lain,” ujar Siti lagi yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suami dan kawan-kawannya pada hujung Ramadan lalu.

Siti berkata selain kesejahteraan keluarganya, Siti tidak lupa mendoakan tentang anak.

“Saya doakan tentang segala-galanya. Doa saya tiada yang lebih dan tiada yang kurang di depan Kaabah kerana waktu itu merupakan peluang untuk saya doakan semua sekali.

“Saya juga mendoakan supaya untuk datang lagi ke Mekah pada tahun-tahun akan datang. Biar saya dan suami dapat pergi setiap tahun,” ceritanya yang seronok menyambut Hari Raya di kampungnya, Kuala Lipis serta kampung suaminya di Kedah dan Pulau Pinang.

Siti berkata jika sebelum ini dia sempat berkunjung ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada awal dan pertengahan Ramadan.

Tetapi kali ini berlainan sedikit kerana Siti mengerjakan umrah pada hujung Ramadan selama lima hari.

“Saya rasa puas dan seronok apabila dapat pergi ke Mekah pada penghujung Ramadan sebab di sana kita dapat menikmati malam Lailatul Qadar, malam khatam al-Quran, berdoa dan menumpukan ibadat lain.

“Saya juga dapat merasai ketenangan daripada ibadat yang dilakukan dengan bimbingan ustaz kiyai Sheikh Radzi yang sudah lebih 20 tahun tinggal di Mekah dan tahu banyak rahsia tentang Mekah,” tutur Siti.

Menyentuh tentang perkembangan karier seninya, Siti yang sedang dalam perangkaan promosi album terbarunya, ‘Tahajjud Cinta’ berkata albumnya itu telah mencecah jualan lebih 5,000 unit dan diulang cetak lagi atas permintaan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan jualan album ‘Tahajjud Cinta’ yang dibuat atas nawaitu sebab Allah.

“Saya berpuas hati dengan berapa banyak pun jualan album itu,” ujarnya yang turut akan mengeluarkan album duet dengan penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti (KD).

Sebelum ini, Siti pernah memaklumkan yang dia akan menyanyikan sebuah lagu duet dengan KD yang dicipta oleh Anang.

Namun, setelah Anang dan KD bercerai, Anang pernah berkata yang dia melarang KD daripada menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

Lantas ditanya kepada Siti tentang persoalan itu, penyanyi lagu ‘Di Taman Teman’ dan ‘Ku Percaya Ada Cinta’ ini menjawab:

“Saya tiada masalah tentang itu dan setakat berurusan dengan KD, semuanya berjalan dengan baik.

“Mungkin kita akan bincang semula tentang isu Anang tidak mahu KD menyanyikan lagunya.

“Kalau Anang tidak selesa juga, kita boleh dapatkan lagu daripada komposer lain,” jelasnya yang turut terlibat menjayakan majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak syarikat korporat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain