Pelakon Hollywood Halle Berry lebih suka menampilkan diri dengan meminimumkan penggunaan alat solek.“Kurang adalah lebih baik. Saya lebih suka menjadi seorang yang low-profile,”ujar beliau. Berry ,43, juga adalah ibu kepada seorang anak perempuan bernama Nahla hasil perkongsian hidup dengan teman lelakinya Gabriel Aubry. Dia yang dipercayai sedang sedang mengandungkan anak keduanya, berkata dia kurang meluangkan masa untuk dirinya semenjak Nahla lahir. ”Rutin hidup saya telah berubah sejak saya bergelar ibu. Saya menghabiskan kebanyakkan masa saya bersamanya, malah kurang mencantikkan diri saya dan banyak menghabiskan masa untuk menggayakan Nahla,” tambah Berry.