suria

Anang enggan komen sidang media cerai dengan KD

SELEPAS hampir dua bulan pasangan penyanyi popular Krisdayanti dan Anang bercerai, baru kini mereka akan melakukan sidang media tentang penceraian itu.

Namun begitu, Anang yang sebelum ini selesa menjawab soalan media berhubung kes cerai dengan bekas isterinya itu enggan memberikan komen tentang sidang media tersebut.

Ditanya sama ada dirinya akan hadir dalam sidang media itu, Anang hanya menjawab ringkas ‘No komen’ ketika ditemui di JI Radio Dalam, Jakarta Selatan, semalam.

Anang yang hadir dengan menaiki sebuah jeep terus bergegas ke pejabatnya. Biasanya, Anang selalu melayan setiap pertanyaan wartawan.

Sementara Krisdayanti atau KD pula mengaku sudah bersiap sedia untuk hadir ke sidang media penceraian yang akan berlangsung pada 8 Oktober ini.

Bahkan KD juga telah menolak tepi pekerjaannya dahulu demi melunaskan proses penceraiannya.

“Bagi KD, masalah penceraian ini tidak mudah seperti masalah pekerjaannya. Dia (KD) sangat menghormati urusan ini. Ada beberapa pekerjaan yang ditunda sehingga keluar keputusan cerai nanti, baru disambung semula,” ujar Elsie Lontoh, pengacara KD yang ditemui detikhot di pejabatnya, Menteng, Jakarta Pusat.

Sebutan kes cerai KD-Anang telah dijadualkan pada 8 Oktober. Namun butiran lanjut tentang apa akan dibicarakan nanti masih menjadi rahsia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan