suria

Beyonce hafal menu hotel kegemarannya

Beyonce selalunya akan menghafal menu di hotel-hotel kegemarannya dan akan mengingati setiap makanan yang dinikmatinya itu- foto AP

SELEBRITI popular, Beyonce Knowles selalunya akan menghafal menu di hotel-hotel kegemarannya dan akan mengingati setiap makanan yang dinikmatinya supaya dia boleh menempah makanan yang sama apabila berkunjung di tempat-tempat tersebut lagi.

"Saya suka tempah makanan di hotel-hotel setiap kali mengadakan siri jelajah.

"Saya selalu hafal menu sesetengah hotel, jadi setiap kali saya tiba di bandar-bandar tertentu, saya akan tahu sandwich atau salad apa yang saya mahukan," kata penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun ini.

Namun, bila berbicara tentang makanan yang dimasaknya sendiri, isteri kepada penyanyi rap, Jay-Z ini akui, kelemahannya dalam aspek ini memang amat memalukan.

"Saya amat teruk dalam hal ini (memasak). Tahu tak apa rahsia saya untuk menyediakan juadah sempurna jika saya mengajak rakan-rakan datang ke rumah? Saya akan tempah dari restoran yang terbaik dan mereka akan menghantar makanan tersebut," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan