Anang akui tidak sabar bergelar dudaANANG nampaknya seperti sudah membuang jauh perasaan cintanya terhadap Krisdayanti (KD). Dia ingin menyelesaikan proses perceraiannya dengan penyanyi tersohor Indonesia itu segera dan menyandang status sebagai duda."Saya ingin sekali ia diselesaikan segera dan saya juga sudah bersedia menjadi duda," kata Anang menerusi laporan laman web, DetikHot, semalam. Selain menjadi duda, Anang juga akui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Berdasarkan perbincangan yang dibuat, Anang mendapat hak untuk menjaga dua orang anak mereka iaitu Aurelle dan Azriel.Anang dan KD dikatakan akan mengadakan sidang media khas mengenai perceraian mereka pada 8 Oktober ini. Anang mengesahkan dia akan hadir pada sidang media tersebut.