Elizabeth Taylor berucap di The Macy's Passport Fashion Show gala di Santa Monica, California pada 24 September 2009. -Foto AP ELIZABETH Taylor akan menjalani pembedahan untuk memulihkan 'kebocoran' injap pada jantungnya.Bintang berusia 77 tahun yang mengalami kegagalan jantung lima tahun lalu berharap agar peminat-peminatnya akan mendoakan pembedahan itu berjalan lancar. "Rakan-rakan sekalian, saya ingin anda tahu sebelum perkara ini keluar di akhbar bahawa saya akan berada di hospital untuk satu prosedur pada jantung saya," katanya di laman web Twitter.Tambahnya lagi: "Saya amat menghargai doa-doa yang diberikan. Saya akan beritahu anda apabila semuanya sudah selesai. Sayang kamu semua."Bintang lagenda itu pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang tidak berbahaya di bahagian otak tidak lama dulu.