OKIE Agustina benar-benar tidak berpuas hati apabila bekas suaminya, Pasha yang berstatus sebagai tahanan bebas berkeliaran.Lantas Okie merancang untuk membawa kes itu ke mahkamah mempersoalkan sebab vokalis Ungu itu begitu 'istimewa'. "Saya merancang untuk mengesahkan dengan mahkamah dalam esok atau lusa," ujar peguam Okie, Januar A. Saputra.Okie akan bertanya kepada mahkamah sebab Pasha yang berstatus tahanan boleh keluar sesuka hati dari kota Bogor.Difahamkan, beberapa jam selepas dia ditahan pada 25 November lalu, ayah kepada tiga anak itu dilihat berada di Senayan, Jakarta."Okie berasa sangat kecewa kerana dia tidak faham kenapa boleh jadi begitu dan apa dasarnya," jelas Januar.Tambahnya, Okie juga akan bertanya tentang pengecualian yang diberikan kepada Pasha. Dia hairan kenapa Pasha boleh mendapatkan pengecualian dengan begitu cepat.