Snoop Dogg hadir ke "Los Premios MTV 2009" pada 15 Oktober 2009 di The Gibson Amphitheatre, Universal City, California. -Foto APBINTANG hip-hop Snoop Dogg melahirkan hasratnya untuk menggantikan Oprah Winfrey selaku pengacara rancangan temu bual.Awal bulan ini, Winfrey mengumumkan dia bakal mengundurkan diri daripada rancangan hariannya pada 2011 selepas 25 tahun. Para penonton 'The Oprah Winfrey's Show' berpeluang untuk membincangkan isu-isu wanita sekiranya Snoop Dogg dilantik sebagai hos rancangan popular itu. Ini kerana Dogg akan mengundang isterinya untuk menjadi pengacara bersama.