suria

Shilpa Anggap Perkahwinan Sesuatu Yang Luar Biasa Dan Telah Mengubah Hidupnya

Shilpa Shetty mengambil cuti panjang untuk berlibur di negara Eropah setelah selesai majlis perkahwinan mewahnya pada bulan November lalu - foto AP

SELESAI perkahwinan mewahnya pada bulan November lalu, aktres Bollywood Shilpa Shetty mengambil cuti panjang berlibur di negara Eropah.

Setelah lama tidak ada berita tentang Shilpa, baru-baru ini dia bersuara menyatakan keindahan perkahwinan yang sedang dinikmatinya kini.

Kata Shilpa, perkahwinan itu sesuatu yang luar biasa dan telah mengubah hidupnya.

”Saya tak tahu mengapa saya tidak kahwin lebih awal. Perkahwinan itu menakjubkan ketika laki-laki yang kau nikahi baik hatinya dan setia. Itu merupakan anugerah,” katanya.

Shilpa beberapa kali menekankan bahawa suaminya memang baik hati.

”Saya mensyukuri perkahwinan ini setiap minitnya,” kata Shilpa yang berkahwin dengan jutawan India, Raj Kundra, yang kini tinggal di London.

Pasangan bahagia itu juga mengadakan sebuah resepsi di House of Commons, London.

Resepsi penuh glamor itu dihadiri keluarga, teman dekat, dan sejumlah kawan pejabat.

"Raj dan saya memilih House of Commons kerana ini salah satu ikon kota London,” kata aktres yang pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan aktor Akshay Kumar sebelum ini.

Walaupun berada di kota London, Shilpa tetap merindui Mumbai, India.

Aktres bermata galak ini sangat terkenal di dunia barat setelah memenangi acara reality show Celebrity Big Brother tahun 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain