suria

Bernama Radio 24 Mengorak Langkah Dengan Drama Radio 'Embun Hibiscus'

Barisan watak utama dari kiri Zaleha Khaireen Ismail (Intan Jasmine), Kam Kamaruddin (Yusairi Yaakob), Wan Syahrina Wan Abdul Rahman (Puteri Natasha)
Barisan watak utama dari kiri Zaleha Khaireen Ismail (Intan Jasmine), Kam Kamaruddin (Yusairi Yaakob), Wan Syahrina Wan Abdul Rahman (Puteri Natasha)
Barisan watak utama dari kiri Zaleha Khaireen Ismail (Intan Jasmine), Kam Kamaruddin (Yusairi Yaakob), Wan Syahrina Wan Abdul Rahman (Puteri Natasha)

STESEN radio berita pertama Malaysia, 93.9 Bernama Radio24 (BR24) meneruskan pembaharuan pada tahun 2010 ini dengan terbitan terkini mereka, sebuah radio novela berjudul Embun Hibiscus (EH).

Radio novella di bawah genre infodrama ini bakal bersiaran pertama kali pada 18 Januari di saluran FM 93.9 tampil dengan tema cinta dan kekeluargaan yang diselitkan dengan isu-isu berita, prinsip-prinsip 1Malaysia serta nilai murni masyarakat majmuk Negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi BR24, Sheikh Raffie Abd Rahman, ide untuk menerbitkan sebuah drama radio lahir daripada cadangan dan maklumbalas pendengar yang rata-rata mahukan kelainan dalam siaran dimana drama radio merupakan suatu format yang menarik dan berkesan untuk menyampai mesej berguna serta nilai-nilai murni 1Malaysia.

”Sebenarnya perlambangan nilai murni dan keunikan masyarakat Malaysia terletak pada tajuk drama yang merujuk kepada bunga kebangsaan kita,” kata Sheikh Raffie.

”Embun Hibiscus adalah lebih daripada sekadar kisah cinta. Ia adalah refleksi hidup kita semua. Dari isu hingga pilihan, dari berita hingga peristiwa dan tragedi.

"Apa yang kita lalui pasti ada pencetusnya, namun, waktu tidak semestinya bermakna penyelesaian. Radio Novela ini mengisahkan hasrat yang masih dicari dan impian yang belum difahami. Antara perang akal dan perang emosi, episod-episodnya disulam dengan nilai-nilai murni masyarakat majmuk yang menjadi perlambangan kepada keunikan Malaysia,” tambahnya lagi.

Dari segi sejarah penyiaran radio, watak Pak Awang, Mak Iti serta Sahak dalam drama radio Kebun Pak Awang cukup popular sekitar tahun 60-an hingga awal 70-an. Fenomena itu berlanjutan hingga penghujung tahun 80-an apabila No.5 Persiaran 1, terbitan RTM turut menjadi ikutan ramai. Justeru, drama radio ternyata cukup popular dan memberikan kesan.

Namun dengan peralihan masa, populariti yang diraih mula merudum dan mengalami zaman suram, sejak akhir-akhir ini. Bertitik tolak dari itu, BR24 terpanggil untuk berusaha mengembalikan era gemerlapan drama radio ini.

Uniknya EH ialah antara watak-wataknya dipegang sendiri oleh penyampai-penyampai BR24. Watak Puteri Natasha yang dipegang oleh Wan Syahrina Ab Rahman, Intan Jasmine (Zaleha Khairene Ismail), Zafrul Zabidi (Kifli Bujang) dan Yusairi Yaakob (Kam Kamaruddin) adalah antara watak-watak yang mendukungi EH.

EH mengisahkan bagaimana tiga adik-beradik iaitu Zafrul Zabidi, Intan Jasmine dan Puteri Natasha berdepan pelbagai cabaran di Kuala Lumpur. Masing-masing mempunyai masalah tersendiri hingga menimbulkan konflik kekeluargaan.

Tunjang utama, Puteri Natasha sebagai anak bongsu dalam keluarga ini menggalas tanggungjawab untuk cuba menyatukan kembali hati-hati yang terluka namun dalam masa yang sama masih menantikan cinta pertamanya, Johan Iskandar.

Menurut Ketua Rancangan BR24, Azlan Idris, ”infodrama” ialah satu bentuk adunan berita dan informasi dalam konteks drama radio yang pertama kali cuba ditampilkan oleh BR24.

Turut bertindak sebagai penulis skrip EH, Azlan menambah ianya merupakan satu tugas yang besar selaras dengan tanggungjawab BR24 dalam mendidik masyarakat melalui setiap rancangan yang ditampilkan dengan tidak mengetepikan elemen komersial dan kehendak pendengar.

”Era visual lebih banyak memonopoli bidang penyiaran berbanding audio. Pun begitu, radio tetap menjadi pilihan terutamanya bagi warga kota yang sentiasa bergerak pantas dan inginkan akses yang mudah kepada maklumat”, kata Azlan.

”Tema cinta diangkat, memandangkan ia membawa pengertian yang luas. Ia bukan sahaja cinta dalam sebuah hubungan sepasang kekasih, malah ia mencakupi cinta terhadap ibu bapa, sahabat, masyarakat, bangsa dan negara,” tambahnya lagi.

”Melalui EH, definisi cinta itu diwarnakan dengan begitu indah dimana pendengar akan turut terbuai bersama emosi watak-watak yang dilakonkan.”

Bertitik tolak dari itu, Azlan yakin BR24 bakal mencuri tumpuan pendengar dengan kemunculan EH, sekaligus mengisi kemarau drama radio di Malaysia.

EH ke udara selama 5 minit setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8:45 pagi dan diulang siar pada 5:25 petang. Ianya juga boleh didengari menerusi laman web www.radio24.com.my

KISAH DRAMA 'EMBUN HIBISCUS'

Drama ini mengisahkan bagaimana 3 adik beradik yang berusia lewat 20an dan 30an berdepan pelbagai cabaran di Kuala Lumpur.

Mereka dibesarkan di Bangsar oleh sepasang suami isteri, En Mahmud Adam berusia 65 tahun dan Puan Latifah Zakaria berusia 61 tahun dimana kedua-duanya merupakan pesara Kerajaan.

En, Mahmud berasal dari Pasir Puteh Kelantan, Puan Latifah berasal dari Kangar, Perlis.

Mereka mempunyai 3 orang anak. Yang pertama bernama Zafrul Zabidi, kedua Intan Jasmine dan ketiga ialah Puteri Natasha.

Zafrul berdepan konflik dengan bapanya apabila dia berkahwin dengan warga asing di Amerika Syarikat ketika sedang belajar. Rumahtangganya runtuh di tahun ke 3 dan dia gagal membawa pulang Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Bapanya amat kecewa dengan apa yang terjadi kepada Zafrul kerana dia merasakan diketepikan semasa membuat keputusan untuk berkahwin. En. Mahmud turut kecewa kerana sebagai anak sulung, Zafrul tidak menunjukkan teladan yang baik kepada 2 adiknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain