AKTRES terkenal Bollywood, Shilpa Shetty telah mengumumkan perniagaannya di dalam laman sosial twitter. Dia dan suaminya Raj Kundra telah membuka sebuah kelab yang diberi nama Royalty terletak di Mumbai.
"Baiklah semua, ini adalah satu berita mengenai perniagaan terbaru saya, kelab Royalty di bandar ini. Ia hanya berdekatan dengan anda dan harap dapat memberikan keseronokkan," ujar Shilpa di dalam laman sosial twitter miliknya.
Menurut sumber, mereka sebenarnya telah membeli kelab Poison di Bandra yang akan diberikan nama Royalty.
Shilpa dan Raj kini juga sibuk dengan Liga Premier India (IPL) T20 pertandingan kriket Jumaat ini.