Whoopi Goldberg hadir ke sidang media di Vienna, Austria pada 17 Julai, 2010. - Foto APKERANA berang dengan kualiti telefon iPhone yang dimilikinya, selebriti Whoopi Goldberg mengaku dia telah memusnahkannya.Pengacara program The View itu mengkritik telefon bimbit baru itu kerana berang dengan panggilan telefon serta e-mel yang gagal diterima. "Saya baru memusnahkan telefon bimbit iPhone saya," katanya kepada media."Ia tidak dapat menerima emel. Jadi saya mengambilnya dan membuka pintu kereta lalu mencampak telefon bimbit itu pada lorong pejalan kaki," katanya.