VOKALIS Dewa, Ahmad Dhani (gambar) secara terbuka memberikan sokongan kepada Ariel yang kini sedang berhadapan dengan kes video lucahnya itu.Malah dia menyokong penyanyi Mungkin Nanti itu dapat dibebaskan dengan segera. Suami Maia Estianty ini mengakui bahawa Ariel merupakan seorang ahli muzik yang sangat berbakat.Dia dan beberapa pemuzik lain mahu Ariel dibebaskan dan menganggap penyanyi itu tidak bersalah dalam hal tersebut."Kita juga sudah sepakat bahawa Ariel seorang pemuzik dan pengarang lagu terhebat di Indonesia, dan sebagai tanda menyokong Ariel, saya akan mengadakan sebuah konsert 'For..Free Ariel!!'."Dalam konsert itu kami akan mengumpul seberapa banyak tanda tangan artis yang membantah penahanan Ariel."Ramai yang datang, terutama pemuzik dan artis yang menyanyikan lagu Ariel," ucapnya.Tetapi, pihak polis memberitahu konsert yang dianjurkan oleh Dhani itu tidak langsung mempengaruhi proses hukuman Ariel.Mereka juga memberitahu apa yang dilakukan oleh Dhani hanya sebagai sokongan moral tetapi tidak membantu kes tersebut.