PENYANYI kacak, Justin Timberlake mempunyai sifat pelik apabila gemar kepada bau badan seorang wanita.Malah dia juga mengakui bau badan wanita mampu merangsangnya. "Beberapa orang pernah berkata bahawa bau badan boleh menjadi sesuatu yang merangsangkan, dan saya setuju. Hal ini bergantung dari mana datangnya bau badan itu," jelas penyanyi, penari, dan aktor yang sedang bercinta dengan aktres Jessica Biel."Namun itu tidak bermakna saya akan terangsang jika bertemu wanita pada pertama kali. Bau itu ialah apabila bersama dengan seseorang yang kamu cintai dan sayangi," jelasnya yang pernah bercinta dengan beberapa artis kelas A Hollywood, seperti Cameron Diaz dan Britney Spears.Tambahnya, lelaki lebih suka bau-bauan seperti makanan daripada bunga mawar iaitu sesuatu yang halus dan tidak terlalu menusuk hidung atau terlalu kuat.