suria

Irma Harap Kahwin Nabil Tahun Depan

- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

PELAKON Irma Hasmie (gambar) berharap dapat berkahwin dengan kekasihnya, Nabil seawal-awalnya pada tahun depan.

"Saya belum tahu lagi, tapi pasti bukan pada tahun ini. Ibu bapa saya tak kisah. Mereka tidak memaksa saya berkahwin cepat.

"Mungkin mereka faham kerjaya kami. Jadual kami agak padat. Kalau nak kahwin pun, kami kena buat persediaan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal," katanya kepada mStar Online.

Irma berkata, kekasihnya yang tidak mendesak dalam soal tersebut.

Bagaimanapun, Irma berdoa dia dan kekasihnya dapat bernikah pada tahun depan.

Lebih-lebih lagi, dia menyedari rakannya Memey Suhaiza sudah mengambil keputusan untuk bertunang dengan Norman Hakim pada Hari Raya keempat nanti.

Irma memberitahu selepas Hari Raya ini, dia akan terlibat dalam penggambaran untuk drama bersiri Awan Dania musim ketiga.

Pada Hari Raya ini, Irma akan tampil dalam tiga telefilem iaitu Ibuku Mi Segera (13 September), Ngompol (14 September) dan Zaharahyatamal.

Irma mengakui dia akan melawat kekasihnya pada Hari Raya ketiga atau keempat sempena cuti ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aziz M.Osman Balik Kampung Lily

Artikel Lain