Imuda dan Zabarina pertama kali beraya sebagai suami isteri. - Foto oleh AZHAR MAHFOFSEPANJANG tujuh tahun menduda, Imuda atau Abdul Rahim Muda, 50, hanya meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dua anaknya, Raihana, 17, dan Mohd Redza, 9, tanpa seorang suri.Berlainan pula Hari Raya tahun ini, dia lebih merasai kemanisan apabila pertama kali dapat beraya dengan isteri tercinta Zabarina Haja Mushadi Ali, 28, setelah bernikah pada Februari lalu. Bukan itu sahaja, buat pertama kali dalam hidupnya, dia menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga isterinya yang berasal dari Pulau Pinang itu.Lebih menggembirakan Imuda apabila tidak sabar menantikan kelahiran bayi pertamanya dengan Zabarina memandangkan wanita itu sedang hamil lebih dua bulan. Tentang perbelanjaan, tidak salah sekiranya dia berbelanja lebih untuk isterinya itu.“Saya menyambut Hari Raya di rumah mertua di Batu Uban, Pulau Pinang dan kampung saya di Seberang Prai. Saya ingin mengenali keluarga baru saya dengan lebih akrab.“Perayaan kali ini terlalu manis untuk saya dan semuanya bagai mimpi kerana sebelum ini saya tiada isteri,” katanya sambil tersenyum mesra di samping isteri.Sekali-sekala, pasangan romantis itu diusik oleh rakan-rakan media dalam temubual itu. Mereka kelihatan bahagia dan malu-malu tetapi agak terbuka ketika diminta kerjasama untuk merakamkan gambar berdua.Memandangkan kandungan isterinya masih baru, Imuda yang muncul dalam sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng ini sukar untuk berjauhan dan meninggalkan Zabarina di rumah seorang diri biarpun isterinya bekerja sebagai Penolong Pengurus di Bank Islam sekitar ibu kota.Sengaja mencelah dan bertanyakan kepada si isteri tentang Imuda, Zabarina mengaku suaminya seorang yang ringkas dan mudah untuk diuruskan.Ditanya tentang keinginan kedua-duanya, mereka mengimpikan bayi perempuan untuk kelahiran yang pertama ini.Imuda pernah mendirikan rumah tangga pada 1994 dengan Rozalina Rosli dan bercerai sepuluh tahun kemudian. Pada 23 Disember 2008 bekas isterinya itu meninggal dunia akibat barah payu dara.