suria

Maizawati Suka Bersederhana

BERBEZA berbanding sesetengah orang yang baru mendirikan rumah tangga, Maizawati Zainal, 35, (gambar) mengambil pendekatan untuk bersederhana pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 ini buat pertama kalinya menyambut Hari Raya bersama suami tercinta, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, di Ipoh, Perak dan kampung suami di Sabah. Yang pasti, dia juga akan membawa empat orang anaknya meraikan bersama-sama.

Walaupun teruja dan seronok dengan kelainan sambutan pada tahun ini, katanya, sederhana lebih baik daripada meraikan Syawal secara besar-besaran yang boleh mengundang kepada pembaziran.

“Saya mempunyai beberapa kenalan artis di Kuala Lumpur, jadi mungkin saya akan menyambut Hari Raya bersama-sama mereka. Dalam masa yang sama, saya dan suami sedang mencari tapak untuk membuka restoran di Kuala Lumpur selepas Hari Raya nanti,” katanya.

Maizawati dan Yassin bernikah pada 9 Ogos lalu setelah bercerai dengan penceramah bebas Akhil Hayy pada 15 Julai tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain