suria

Studio Terbakar, Alfa Booty Rugi RM400,000

Hanya bahagian atas bilik studio Alfa yang terbakar. -Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN
Hanya bahagian atas bilik studio Alfa yang terbakar. -Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN
Hanya bahagian atas bilik studio Alfa yang terbakar. -Foto THE STAR Oleh KEVIN TAN

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Alfa Booty, 35, telah kerugian sebanyak RM400,000 gara-gara studio di dalam rumahnya terbakar akibat litar pintas.

Menurut Alfa yang merupakan cucu kepada pelakon veteran Allahyarham Kasma Booty, kejadian berlaku pada hari raya kedua iaitu 11 September lalu pada pukul 1 pagi.

Lebih 15 buah lagu beberapa artis seperti Ellyana, Mila dan Tomok, hasil gubahannya telah musnah akibat kejadian tersebut.

“Ketika kejadian berlaku, saya berada di Rembau dan mendapat tahu tentang kebakaran itu daripada adik saya (Mas Rumie), lalu saya terus pulang ke Kuala Lumpur.

“Habis semua peralatan muzik yang telah saya beli sedikit demi sedikit selama lima tahun musnah sekelip mata.

“Apa pun, saya ralat dan pasrah dengan kejadian ini. Kini saya perlu mencari tempat tinggal baru buat isteri dan anak saya,” katanya ketika ditemui dirumahnya, Rabu.

Sementara itu, presiden Persatuan Karyawan, Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan merancang untuk mengadakan sebuah konsert khas agar dapat mengumpul dana bagi membantu Alfa.

“Saya harap, konsert yang dapat diadakan di masa yang terdekat ini dapat mengumpul wang sebanyak RM30,000 hingga RM40,000 untuk membantu Alfa mengurangkan bebannya dalam pembelian barangan asas kerja-kerjanya,” kata Freddie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain