Michael Buble (kiri) dan tunangnya Luisana Lopilato.PENYANYI Michael Buble tidak dapat menyembunyikan debaran menjelang hari perkahwinannya kerana dia mahukan yang terbaik untuk bakal isterinya.Penyanyi dari Kanada itu dijangka berkahwin dengan tunangnya Luisana Lopilato pada 6 April 2011. Dalam satu temuramah dengan sebuah program televisyen pagi Daybreak, Michael dipetik sebagai berkata: "Hanya tinggal empat bulan saja lagi menjelang hari perkahwinan kami dan saya mula merasakan debarannya."Saya tahu betapa pentingnya hari perkahwinan bagi semua wanita dan saya mahu ia menjadi satu hari yang sempurna buat bakal isteri."Sebagai lelaki, mungkin saya tidak begitu memikirkan tentang majlis perkahwinan tetapi sudah tentu saya mahukan yang terbaik buat Luisana. Saya hanya mahu dia menikmati satu hari yang sempurna pada majlis perkahwinan kami nanti."Penyanyi berusia 35 tahun itu turut berkata, dia tidak akan menyanyi pada majlis perkahwinannya kerana Luisana mahu majlis mereka nanti dihiburkan oleh penyanyi dari Argentina-Venezuela, Ricardo Montaner.Katanya: "Saya bertanya kepada Luisana adakah dia mahu saya menyanyi di majlis perkahwinan kami tetapi jawapannya tidak. Dia mahukan Ricardo Montaner. Jadi, saya akan pastikan Ricardo Montaner menyanyi di majlis kami nanti."Penyanyi lagu Haven't Met You Yet itu turut merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi bagi membolehkan kedua-dua belah keluarga meraikan hari bahagia mereka."Kami akan mengadakan satu majlis di Argentina untuk keluarga Luisana dan kemudiannya di Kanada," katanya.