suria

Bersama Artis Korea Hanya Dengan RM30

SEJAK tahun lalu, aliran muzik Korea (K-Pop) menjadi kegilaan remaja-remaja tempatan sehinggakan memaksa syarikat telekomunikasi Digi merealisasikan impian peminat membawa artis-artis Korea ke negara ini.

Sebagai bukti tiket bagi menyaksikan persembahan DIGI Live K-Pop Party yang membabitkan tiga kumpulan popular, Beast, 4minute dan G.Na yang akan berlangsung di Stadium Negara, 13 Januari ini hampir habis dijual.

Justeru itu, dengan kerjasama Universal Music, para pelanggan hanya perlu menambah nilai prabayar sebanyak RM30 sahaja untuk melanggani DIGIMusic Pluz untuk menyaksikan persembahan itu.

Peminat ketiga-tiga kumpulan itu berkesempatan memenangi barangan muzik serta pas khas untuk menyaksikan parti berkenaan.

Menerusi langganan DIGIMuzic Pluz, para pelanggan boleh mendapatkan tiga pakej istimewa dengan nilai harga RM350 (Platinum), RM200(Emas) dan RM120(Perak) Menurut Ketua Segmen Pemasarannya, Moharmustaqeem Mohammed, penganjuran DIGI Live K-Pop Party diadakan sebagai tanda terima kasih pihaknya kepada pelanggan-pelanggannya.

“Lebih daripada 50 peratus rakyat Malaysia yang menggemari muzik K-Pop dan sebahagian daripada mereka adalah golongan remaja.

“Mereka juga merupakan tarikan pasaran pelanggan Digi yang penting di mana kebanyakan palanggan kami merupakan peminat setia K-Pop.

“Justeru itu, kami mengambil kesempatan ini untuk membawakan mereka secara lebih dekat menyaksikan penyanyi idola mereka membuat persembahan pada DIGI Live K-Pop Party itu nanti,” katanya.

Pengurus Besar Universal Music Malaysia, Loan Cheong, pula berkata, kehadiran tiga kumpulan popular Korea itu merupakan penganjuran kali pertama di Malaysia.

Kerjasama dengan pihak Digi juga memudahkan pihak Universal memasarkan muzik di bawah label mereka di mana Digi merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang melancarkan aplikasi telefon mudah alih I-Phone menerusi muat turun lagu, DIGIMusic Play.

Bagi yang membeli pakej platinum, para pelanggan boleh menikmati sebanyak 90 muat turun lagu serta beberapa pengisian telefon (mobile content) secara percuma serta menerima vaucer diskaun untuk pembelian barangan rasmi Beast serta cakera padat (CD) lBeast, 4minute dan G.Na.

Bagi pakej emas pula, pelanggan dapat menikmati sebanyak 60 buah muat turun serta beberapa pengisian telefon (mobile content) secara percuma serta menerima baucar diskaun untuk pembelian barangan rasmi Beast serta cakera padat (CD) lBeast, 4minute dan G.Na.

Sama juga bagi pakej perak, pelanggan akan menikmati 30 buah lagu muat turun secara percuma serta menerima vaucer diskaun untuk pembelian barangan rasmi Beast serta cakera padat (CD) lBeast, 4minute dan G.Na.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain