suria

Curi Kalung, Lindsay Lohan Mengaku Tidak Bersalah

Lindsay Lohan ketika dihadapkan ke mahkamah akibat tuduhan mencuri kalung.
Lindsay Lohan ketika dihadapkan ke mahkamah akibat tuduhan mencuri kalung.
Lindsay Lohan ketika dihadapkan ke mahkamah akibat tuduhan mencuri kalung.

LOS ANGELES: Bintang filem yang banyak masalah, Lindsay Lohan mengaku tidak bersalah mencuri kalung bernilai kira-kira RM7,500 (AS$2,500 dolar) dari sebuah kedai perhiasan Los Angeles.

Pelakon itu yang dalam perhatian berikutan ditahan akibat mabuk ketika memandu pada tahun 2007 dan baru menjalani pemeriksaan dadah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika terbukti bersalah atas tuduhan mencuri itu.

Mengenakan gaun ketat putih pendek dengan kaca mata hitam, bintang berusia 24 tahun tersebut tidak berkata apa-apa semasa tiba 20 minit lebih awal di mahkamah berhampiran lapangan terbang Los Angeles. Keadaan itu menyebabkan pihak media berkerumun untuk mengikuti kesnya.

Hakim Keith Schwartz membenarkan pelakon itu diikat jamin sebanyak RM80,000 (AS$40,000) sementara menanti tarikh sebutan semula kesnya pada 23 Februari depan.

Terdahulu Schwartz turut memberi amaran kepada Lohan yang dia akan ditahan tanpa jaminan jika melanggar syarat-syarat tempoh perhatian mahkamah yang dikenakan kepadanya.

"Anda perlu mengikut undang-undang sama seperti orang lain. Kamu tiada bezanya macam orang lain. Adakah kamu faham dengan apa yang saya katakan?” soal hakim sambil Lohan menjawab “ya” sebagai tanda faham dengan amaran itu.

Lohan, yang baru selesai menjalani pemulihan dadah pada bulan lalu dipercayai berjalan keluar dari sebuah kedai perhiasan di Venice Beach, daerah pinggir laut Los Angeles di tempat dia tinggal dengan membawa kalung emas pada 22 Januari lalu.

"Pemilik kedai perhiasan itu melaporkan kecurian kepada Jabatan Polis Los Angeles sambil mengemukakan bukti," kata Timbalan Peguam Daerah Los Angeles, Danette Meyers. Lohan dijatuhi hukuman pada bulan Julai tahun lalu dan perlu berada selama 90 hari di penjara sementara 90 hari lagi di pusat pemulihan dadah kerana melanggar tempoh pemerhatian kes mabuk ketika memandu.

Namun kerana penjara penuh sesak, dia hanya melalui tempoh tahanan selama 13 hari sebelum dilepaskan. Pada tahun 2007, dia menghabiskan masa hanya 84 minit di penjara selepas polis menangkapnya dua kali kerana memiliki kokain semasa memandu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain