suria

Jualan Album Steven Tyler Meningkat Kerana 'American Idol'

KEPUTUSAN Steven Tyler (gambar), vokalis Aerosmith untuk menjadi juri American Idol ternyata sangat tepat kerana penjualan album kumpulan itu meningkat sehingga 250 peratus.

Menurut Nielsen SoundScan, album kompilasi Big Ones (1994) Aerosmith kini menjadi buruan peminat. Penjualan album tersebut meningkat apabila American Idol mula bersiaran pada pertengahan Januari lalu.

Selain itu, menurut AOL, Jumaat, jualan digital lagu I Don't Want to Miss A Thing juga meningkat sehingga 363 peratus sejak akhir Januari lalu.

Di Amerika Syarikat, program televisyen memberikan sangat banyak pengaruh terutama program realiti.

Steven menjadi juri American Idol bersam-sama Randy Jackson dan Jennifer Lopez. Stephen diminati penonton American Idol kerana dia kerap memberikan kritikan positif dan membangun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain