Pasangan suami isteri ini sering mendapat perhatian masyarakat dan peminat.USIA bukan penghalang untuk kelihatan seksi, biarpun mencecah 50 tahun, aktres Demi Moore masih lagi mampu mencuri perhatian para lelaki melihat kearahnya.Situasi itu turut membuatkan anak-anak gadis berasa cemburu kepadanya. Namun apa yang lebih membahagiankan wanita ini mampu membuat suaminya aktor kacak Ashton Kutcher berasa bangga didampingi jelitawan tersebut. Pasangan yang menghabiskan masa pada hari kekasih di pantai kawasan Kepulauan Karibia minggu lalu dikhabarkan sangat romantik.Moore telah menarik perhatian pengunjung pantai dengan mengenakan bikini hitam dan berjemur di persisiran pantai.Seperti yang pernah diberitahu Moore kepada media, bentuk tubuh badannya merupakan modal untuk terus bertahan dalam industri hiburan.Ibu kepada empat cahaya mata ini baru sahaja selesai penggambaran untuk filem terbarunya berjudul Another Happy Day.Filem tersebut turut dibintangi oleh Kate Bosworth dan Ellen Barkin. Moore memegang watak sebagai isteri kedua tokoh bernama Paul yang dilakonkan oleh Thomas Haden Church.