suria

AF9: Operasi Gugur Untuk Sedarkan Pelajar Malas

Antara 10 pelajar AF9 yang tinggal, salah seorang mungkin akan disingkirkan menerusi operasi gugur.
Antara 10 pelajar AF9 yang tinggal, salah seorang mungkin akan disingkirkan menerusi operasi gugur.
Antara 10 pelajar AF9 yang tinggal, salah seorang mungkin akan disingkirkan menerusi operasi gugur.

KUALA LUMPUR: Operasi gugur yang dilakukan oleh pihak Astro pada konsert kedua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) Sabtu lalu disebabkan persembahan pelajar hambar.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, mereka terpaksa melakukan perkara tersebut di mana ada pelajar yang akan digugurkan jika persembahan mereka kurang bagus pada konsert ketiga Sabtu ini.

“Seperti yang kita tahu, AF sentiasa mempunyai banyak kejutan dan kami merancang untuk melakukan operasi gugur ini setelah melihat persembahan pelajar kurang memuaskan berbanding konsert sebelum ini.

“Kita melihat prestasi pelajar dari Konsert Tirai AF9 dan mendapatkan komen-komen dari peminat yang ramai mengatakan persembahan pelajar hambar.

“Sebagai ganti, kita akan memberikan peluang kepada empat orang baru untuk memasuki AF9. Semuanya kita akan umumkan pada awal konsert ketiga nanti,” ujarnya pada sidang media Sabtu lalu.

Empat orang baru tersebut adalah Hazama Ahmad Azmi (Hazama), 27, Firdaus Affandi (Fir), 22, Nur Sri Favzlyahoney Sakui (Honey), 22, dan Nur Syafinaz Jebat (Fina), 18.

Bagi berlaku adil kepada 10 pelajar yang tinggal, mereka akan diberikan pilihan untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka.

“Kita akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menyanyikan lagu pilihan mereka untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dan hanya yang layak akan kekal di dalam AF9.

“Dalam operasi gugur itu, kemungkinan seorang pelajar akan disingkirkan. Jika semua pelajar melakukan persembahan terbaik, mungkin mereka tidak akan disingkirkan.

“Undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dari penonton dan penyingkiran berdasarkan peratusan terendah juga masih diteruskan,” beritahu Azlin lagi.

Jelasnya, setakat ini mereka terpaksa merahsiakan terlebih dahulu tentang cara penilaian operasi gugur yang akan dilakukan sehingga diumumkan kelak.

Ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada tenaga pengajar agar terus melatih pelajar agar mereka tidak disingkirkan.

“Apabila juri memberikan komen pelajar malas ketika membuat persembahan telah memberikan impak kepada tenaga pengajar. Jadi, kita perlu berikan kesedaran kepada mereka dan menunjukkan bahawa mereka tidak sentiasa selamat,” jelasnya.

Peratusan pelajar pada akhir konsert kedua pada Sabtu lalu adalah Lena (16 peratus), Erul (15%), Nera (14%), Raqib (11%), Aida (8%), Afif (7%), Azri (7%), Kay (6%), Amir (6%), Miza (6%) dan Eka (4%).

Artikel Lain