suria

'Ampunkan Aku Mak' Sempena Hari Ibu Di TV2

Melisa Saila
Melisa Saila
Melisa Saila

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Ibu pada 8 Mei depan, RTM mengambil kesempatan untuk menyediakan slot menarik sempena sambutan itu dengan menyediakan rancangan-rancangan menarik di TV2.

Sebuah drama Melayu diterbitkan khas sempena Hari Ibu bakal keudara berjudul Ampunkan Aku Mak mulai 6 Mei 2011, pukul 10.00 malam menerusi Slot Citra di TV2.

Dengan yang membariskan pelakon wanita Fadzilah Mansor, Qazem Nor, Melisa Saila, Raja Azri, Maya Matahari, Mahyon Ismail dan Delimawati drama itu membawa mesej penuh keinsafan dan berguna.

Ia mengisahkan Mariam, seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak.

Ketika anak-anaknya masih kecil sehinggalah meningkat remaja dan dewasa, Mariam adalah insan yang berusaha membesarkan anak-anaknya tanpa mengira penat lelah sewaktu membersarkan mereka.

Namun Mariam merasakan dirinya disisihkan anak-anak, menantu dan cucunya yang kini tinggal berjauhan dengannya.

Berlaku satu insiden yang menyebabkan Mariam dikejarkan ke hospital dan disahkan koma.

Ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri, Mariam bagaikan dibawa ke dunia silamnya dengan memaparkan satu persatu perjalanan hidupnya ketika mudanya.

Sebaik tersedar dari koma, Mariam dikelilingi anak, menantu dan cucunya. Mariam menangis kesal dengan perbuatannya yang lalu.

Saksikan Ampunkan Aku Mak sebuah drama menarik yang menyentuh perasaan pastinya memberi kesan mendalam buat tontonan umum dihidangkan khas sempena Hari Ibu mulai 6 Mei 2011, bermula pukul 10.00 malam menerusi slot Citra hanya di saluran TV2.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain