ALASAN perpisahan aktor Arnold Schwarzenegger dengan istrinya, Maria Shriver, selepas bersama sejak 25 tahun akhirnya semakin jelas.Perpisahan dua selebriti popular di dunia hiburan dan politik Hollywood ini telah mengejutkan banyak pihak terutamanya selepas pengakuan seorang wanita mempunyai hubungan sulit dengan aktor tersebut. Lebih parah lagi, bekas Gabenor California ini baru sahaja mengaku mempunyai seorang anak luar nikah berusia 10 tahun dan kini ditanggung sepenuhnya oleh Arnold."Saya meminta maaf kepada Maria, anak-anak dan keluarga saya. Saya tidak ada alasan lain kerana saya harus bertanggung jawab terhadap apa yang telah saya lakukan."Saya minta semua pihak menghormati isteri dan keluarga saya pada ketika yang sangat sukar. Saya yang patut diberi kritikan bukan keluarga saya," ujarnya.Dalam pada itu, lebih parah lagi ada dakwaan mengatakan ibu kepada anak tersebut merupakan salah seorang pegawai di rumah mereka di Los Angeles.Bagaimanapun wanita tersebut sudah menamatkan perkhidmatannya sejak Januari lalu setelah 20 tahun bekerja bersama keluarga tersebut.