suria

Album Lady Gaga Disita Di Lubnan

Lady Gaga
Lady Gaga
Lady Gaga

ALBUM penyanyi Lady Gaga berjudul Born This Way dilarang memasuki pasaran negara Lubnan kerana dianggap menyerang sesuatu agama.

Album yang menduduki tangga pertama di 21 buah negara itu sudah masuk ke negara tersebut tetapi disita oleh pihak berkuasa Lubnan.

Seperti dipetik dari www.thesun.co.uk, lagu Judas yang terdapat dalam album tersebut telah mendapat bantahan daripada sekumpulan pejuang agama.

Malah pada April lalu, lagu tersebut telah dilarang diputarkan di stesen-stesen radio negara tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain