suria

Anugerah Planet Muzik Dijangka Lebih Meriah

APM 2011 bakal menggamatkan industri muzik serantau. Foto LOW LAY PHON
APM 2011 bakal menggamatkan industri muzik serantau. Foto LOW LAY PHON
APM 2011 bakal menggamatkan industri muzik serantau. Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Selepas setahun berehat, acara berprestij, Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) kembali dan bakal berlangsung di Max Pavilion, Singapura pada 15 Julai depan.

Anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik dari tiga buah negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia itu dianjurkan oleh Mediacorp dan Beyond Events dengan kerjasama Astro Ria, sebagai penyiar rasmi di Malaysia.

Menurut pengarah urusan Beyond, Amin Hussein, APM 2011 mempertandingkan sebanyak 17 anugerah iaitu 12 kategori terbaik, empat kategori popular dan satu anugerah khas.

"Tahun ini, pihak APM telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan apabila sebanyak 200 pencalonan diterima.

"Ini menunjukkan, walaupun setahun APM 'berehat', sambutan dan sokongan daripada penggiat-penggiat seni masih utuh lebih-lebih lagi jumlah pencalonan yang diterima telah meningkat sebanyak 33 peratus berbanding tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang media APM 2011 di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.

Tambah Amin, pihak Muzik Award Foundation (YAMI) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI) turut bekerjasama dalam pemilihan calon-calon 'Top 5'.

Pada acara tersebut, pelakon dan pengacara Didie Alias menggalas tanggungjawab sebagai hos bergandingan dengan dua pengacara Singapura, Fizo O dan Adi Rahman.

Antara penyanyi Malaysia yang bakal membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Jacyln Victor, Ning Baizura & Shila Amzah (Tiga Suara), Ana Raffali, Faizal Tahir, Ajai & Amanda Imani, Atilia & Loq serta Hafiz AF.

Manakala penyanyi dari Singapura iaitu Sezairi, Hady Mirza serta Sleeq dan Indonesia iaitu Rossa, Melly Goeslow, Afgan serta Sandy Sandhoro turut membuat persembahan pada acara tersebut.

"Saya harap dengan barisan penyanyi-penyanyi hebat, persembahan mereka mampu menggamatkan lagi APM 2011 dan ia pastinya akan menjadi lebih meriah berbanding penganjuran APM tahun-tahun lalu," kata Amin.

Sementara itu, Astro Awani akan membuat liputan khas di belakang pentas APM 2011 manakala stesen radio Suria FM pula akan membuat temubual eksklusif bersama artis-artis yang terbabit dalam acara itu.

Bagi yang ingin menyaksikan APM 2011, harga tiket bermula RM95 ($38) hingga RM195 ($78) boleh ditempah menerusi laman web sistac.com.sg.

Untuk maklumat terkini APM 2011 pula, layari Facebook https://facebook.com/Anugerah.Planet.

Antara senarai calon yang dipertandingkan ialah:

Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki):

1. Ariss

2. Febrian

3. Igo

4. Sandhy Sondoro

5. Sezaire Sezali

Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita):

1. Aisyaa Hasnaa

2. Amanda Imani

3. Ana Raffali

4. Mytha

5. Roze

Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru):

1. Ana Raffali, Altimet & Suhaimi Meor Hassan 2. Azlan & The Typewriter

3. Govinda

4. Projek Pistol

5. Zivilia

Kolaborasi Terbaik:

1. Amarah (Siti Nurhaliza & Krisdayanti)

2. Berteman Rindu (Didicazli & Giselle)

3. Harus Bagaimana (Atilia & Maliq & Essentials)

4. Kalau Cinta (Aliff Aziz & Joanna) 5. Sayang (Dayang Nurfaizah & Marcell)

Artis Lelaki Terbaik:

1. Faizal Tahir

2. Glenn Fredly

3. Hady Mirza

4. Hafiz AF

5. Judika

Artis Wanita Terbaik:

1. Agnes Monica

2. Ana Raffali

3. Astrid

4. Rossa

5. Sarah Aqilah

Duo / Kumpulan Terbaik

1. Andra & The Backbone

2. D’Masiv

3. Kotak

4. 3 Suara – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

5. 6ixth Sense

6. Ungu

Album Terbaik:

1. Cari Jodoh (Wali)

2. CTKD (Siti Nurhaliza & Krisdayanti)

3. Energi (Kotak)

4. Ketika Aku Kecil (Ana Raffali)

5. Sang Penyanyi (Hady Mirza)

6. Suara (Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila)

Lagu Terbaik Singapura:

1. Harum (Roze)

2. Ku Tetap Kan Menunggu (Hady Mirza)

3. Lagu Teman (The Lion Story feat Zahidah)

4. Maafkan Ku (Oh Cinta) (Faizal Isa)

5. Matahari (Sezaire Sezali)

Lagu Terbaik Malaysia:

1. Awan Nano (Hafiz AF)

2. Hanyut (Faizal Tahir)

3. Kalau Berpacaran (Ana Raffali & Altimet & Suhaimi Meor Hassan)

4. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

5. Noktah Cinta (Hafiz)

Lagu Terbaik Indonesia:

1. Cari Jodoh (Wali)

2. Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)

3. Karena Ku Cinta Kau (Bunga Cinta Lestari)

4. Pelan-Pelan Saja (Wali)

5. Rindu 1/2 Mati (D’Masiv)

Artikel Sebelum

Artikel Lain