suria

Album Baru: Faizal Tahir Janji Kelainan Seperti Nicki Minaj, Lady Gaga

Faizal Tahir
Faizal Tahir
Faizal Tahir

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Faizal Tahir, 33, memberitahu akan tampil dengan perubahan drastik terhadap aliran muzik rock untuk album terbarunya yang dijangka akan dikeluarkan pada Februari depan.

Kata Faizal, dia berani mengambil risiko dengan melakukan pembaharuan terhadap aliran muzik baru industri muzik tanah air dengan melangkah setapak ke hadapan.

"Saya tidak tahu sama ada masyarakat atau peminat saya boleh terima atau tidak muzik baru yang akan saya bawa ini kerana ia sangat bebeza dari sebelum ini.

"Tiada lagi lagu-lagu seperti Hanyut atau Karma, kerana muzik tersebut melambangkan kematangan saya dalam usia sebegini," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Jelas Faizal perubahan tersebut merupakan percubaan berani untuk berada setapak kehadapan dalam industri muzik tanah air.

"Saya melihat kepada Lady Gaga atau Nicki Minaj yang tampil dengan kelainan dalam muzik mereka, namun dengan mempertaruhkan bakat yang ada mereka tetap diterima dalam industri muzik dunia.

"Saya tak janjikan peminat-peminat saya akan terima atau suka dengan kelainan tersebut, saya hanya membuat untuk mencari kepuasan dalam berkarya," katanya.

Bercerita tentang perkembangan terbaru, Faizal mengakui beberapa bulan menyepi dari industri adalah kerana sibuk dengan pembikinan album tersebut.

"Lebih kurang enam bulan saya agak sepi, ini kerana sibuk di studio menyiapkan album.

"Setakat ini Alhamdulillah sudah hampir siap dan Insya-Allah bulan depan akan keluar dengan single terbaru ciptaan Audi Mok dan Omar K," katanya.

Album ketiga selepas Aku Muzik Kamu dan Adrenalin ini akan memuatkan lebih 16 buah lagu baru.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan