Aksi Afif dan Salima sewaktu Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa, Sabtu lalu.PETALING JAYA: Penyanyi Afif yang dilahirkan dari program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) kembali aktif menggubah lagu selepas mula berjinak-jinak dalam bidang itu kira-kira dua hingga tiga tahun lalu.Katanya, setakat ini dia sudah mencipta empat hingga lima lagu untuk diri-sendiri. “Jika diikutkan, saya sudah mula mencipta lagu sejak dua atau tiga tahun lepas tetapi selepas AF9, saya aktif semula…“Selain itu, saya sedang mempromosikan lagu Beri Aku Waktu nyanyian secara duet dengan Aida AF9 yang baru diterbitkan dan ditawarkan untuk berlakon tetapi terpaksa menolak kerana belum bersedia,” katanya kepada mStar Online.Afif turut memberi komen tentang kejutan ditemukan dengan Salima di atas pentas sewaktu Konsert Akhir Reunion AF di AEON AU2, Setiawangsa pada Sabtu lalu.“Saya bersikap profesional dengan Salima dan bertegur sapa seperti biasa apabila bertemu.“Sebelum konsert ini, kami pernah bertemu di sebuah acara,” ujarnya.Pasangan ini pernah bercinta namun kini tidak lagi apabila kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.Konsert Akhir Reunion AF akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Sabtu, 31 Disember ini, pukul 10 malam.