suria

Anak Tunggal Whitney Houston Umum Ikut Jejak Langkah Ibu

Oprah Winfrey (kiri) berbual dengan anak tunggal mendiang Whitney Houston iaitu Bobbi Kristina.
Oprah Winfrey (kiri) berbual dengan anak tunggal mendiang Whitney Houston iaitu Bobbi Kristina.
Oprah Winfrey (kiri) berbual dengan anak tunggal mendiang Whitney Houston iaitu Bobbi Kristina.

LOS ANGELES: Anak tunggal mendiang Whitney Houston mengumumkan yang dia telah memutuskan untuk mengikuti jejak langkah ibunya dalam dunia hiburan.

Bercakap dalam rancangan secara langsung dalam temu ramah dengan pengacara terkenal Oprah Winfrey, Bobbi Kristina menegaskan, sehingga ke hari ini dia masih terdengar suara ibunya.

“Saya perlu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh ibu saya dan ya, saya akan mengikuti jejak langkahnya dalam dunia muzik,” kata Kristina lagi.

Kristina juga tidak menolak untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan mahu pun tarian sepertimana ibunya.

Whitney Houston ditemui mati dengan kepalanya terendam di dalam tab mandi bilik hotelnya pada 11 Februari lalu di Beverly Hills iaitu sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Grammy. Beliau berusia 48 tahun.

Albumnya termasuk lagu paling popular "I Will Always Love You" terjual sebanyak 170 juta unit di seluruh dunia.

Bagaimanapun perkahwinannya dengan penyanyi rap Bobby Brown di selubungi dengan kontroversi keganasan rumah tangga dan penyalahgunaan dadah sehingga membawa kepada kehancuran kerjayanya sebagai seorang penghibur.

Dalam temu ramah itu juga Kristina memberitahu bagaimana dia melihat ibunya menangis dan terluka menghadapi situasi dirinya yang kronik dan mereka saling sayang menyayangi demi untuk meneruskan kehidupan.

"Orang tidak tahu situasi yang dia hadapi... segala kata-kata negatif yang dilemparkan ke atasnya hanyalah sampah.

"Apa yang digambarkan itu bukanlah ibu saya. Dalam realiti, hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu siapakah dia yang sebenarnya,” kata Kristina.

Artikel Lain