suria

Anang Sedih Berpisah Dengan Ashanty

Anang dan isterinya, Ashanty.
Anang dan isterinya, Ashanty.
Anang dan isterinya, Ashanty.

JAKARTA: Penyanyi dan komposer terkenal, Anang mengakui sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya, Ashanty selepas majlis resepsi perkahwinan mereka di Jember, Jawa Timur baru-baru ini bagi melaksanakan tugas sebagai juri program Indonesian Idol.

Anang berkata, sejurus selepas majlis di kampung halamannya itu, dia terus bergegas pulang ke Jakarta dan tidak sempat untuk meluangkan masa bersama isterinya itu.

"Sedih terpaksa tinggalkan isteri di kampung tetapi tugas sebagai juri perlu dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun Anang berkata, dia tidak terlalu gusar meninggalkan isterinya kerana Ashanty ditemani oleh dua anaknya Azriel dan Aurel selain keluarganya yang menetap di sana.

"Isteri tidak bersendirian kerana keluarga ramai di kampung dan dia boleh berkenalan dengan mereka," ujarnya.

Ashanty dan Anang telah berada di Jember sejak 3 Julai lalu bagi persiapan majlis resepsi di sebelah pihak lelaki yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Artikel Lain