suria

Aisha (BRTM 2012) Ingin Jadi Seperti Sudirman

Aisha ingin menjadi seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Aisha ingin menjadi seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Aisha ingin menjadi seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

KUALA LUMPUR: Juara pertandingan Bintang RTM 2012 (BRTM 2012) iaitu Aisha memasang impian untuk menjadi penyanyi yang berkaliber dan serba boleh seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Aisha atau nama sebenarnya Aisha Masnamimi Safia@Shafie, 23, berkata, dia sangat mengagumi Juara Bintang RTM 1976 itu yang sentiasa tampil dengan idea berbeza selain mampu memikat hati peminat.

"Walaupun sedar tidak dapat menjadi penghibur sebaiknya tetapi saya berazam untuk mencontohi sifat-sifatnya sebagai seorang penyanyi yang dihormati dan dikenang sehingga kini.

"Saya akan memastikan kemenangan ini berbaloi dan membuktikan kemampuan diri selepas diberi kepercayaan oleh pihak juri," ujarnya kepada mStar Online.

Aisha dinobatkan sebagai juara BRTM 2012 pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada malam Ahad.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular BRTM 2012 menerusi undian peminat melalui pesanan khidmat ringkas (SMS).

Kemenangan itu turut melayakkan Aisha membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai berjumlah RM20,000 berserta hadiah sampingan lain.

Dalam pada itu, Aisha memberitahu dia bersemangat untuk memulakan kerjaya sebagai penyanyi profesional dan berharap single pertamanya berjudul Fantasia ciptaan Omar K dan Slen mendapat tempat dihati pendengar.

"Saya bertuah kerana BRTM 2012 kali ini, kesemua peserta tampil dengan lagu sendiri dan ia akan dimainkan disemua stesen radio milik RTM.

"Ia adalah permulaan yang baik untuk saya dan berharap ia akan dimainkan di stesen-stesen radio swasta yang lain," ujarnya.

Bercakap mengenai kemenangannya, Aisha berkata, dia tidak pernah terfikir untuk bergelar juara selepas nama lima peserta akhir diumumkan semasa penyingkiran pada peringkat separuh akhir.

Menurut Aisha, apabila namanya disebut sebagai peserta keenam yang akan menyertai lima peserta akhir dirinya langsung tidak meletakkan apa-apa harapan.

"Kesemua peserta sangat bagus dan mempunyai kelebihan masing-masing namun rezeki berpihak kepada saya tanpa disangka-sangka," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aisha Juara BRTM 2012

Artikel Lain