A. AidaPETALING JAYA: Pelakon dan penerbit drama A. Aida memberitahu keputusannya untuk bercerai dengan pegawai polis, Deputi Superintenden (DSP), Suffian Sulaiman adalah muktamad selepas mendapat persetujuan keluarga.A.Aida, 42, atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, keputusan itu dilakukan kerana tiada lagi persefahaman di antara dia dengan Suffian, 44, sejak sekian lama. “Saya mahu meminta cerai dengan cara baik. Ia adalah keputusan muktamad saya selepas memikirkan sejak sekian lama.“Semuanya disebabkan tiada lagi persefahaman di antara saya dengan suami saya itu."Sebab-sebab lain, biarlah ia menjadi rahsia kami sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.Terdahulu A. Aida hadir ke Pejabat Pendaftar, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Khamis kira-kira pukul 2 petang bagi memfailkan permohonan cerai terhadap Suffian.Dia ditemani peguam syarie Zulkifli Che Yong.Pihak mahkamah menetapkan 8 Oktober depan bagi mendengar permohonan itu.A. Aida berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.Suffian yang merupakan sorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun.