Aliff AzizPETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz diarahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor selepas mengalami serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada Ahad.Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat rakaman Sony Music yang menaungi Aliff, pada Isnin, penyanyi berusia 21 tahun itu akan dibawa pulang ke Singapura bersama keluarganya dan bakal menjalani rawatan susulan di tempat kelahirannya itu. Segala aktiviti seninya juga terpaksa dibatalkan dengan serta-merta atas sebab kesihatan tersebut.Kenyataan tersebut turut menjelaskan, apa yang berlaku terhadap Alif itu tiada kaitan dengan isu keretakan hubungannya dengan pelakon Anne Ngasri, baru-baru ini.“Sidang media khas akan diadakan selepas Aliff kembali pulih bagi menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya kini,” kata kenyataan tersebut.Penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pagi Ahad sebelum dia sempat membuat persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan Star Publications di siniAliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.