suria

Afgan Mahu Sambut Tahun 2013 Di New York

Afgan akan berangkat ke New York bersama ahli keluarga yang lain untuk menyambut tahun baru.
Afgan akan berangkat ke New York bersama ahli keluarga yang lain untuk menyambut tahun baru.
Afgan akan berangkat ke New York bersama ahli keluarga yang lain untuk menyambut tahun baru.

JAKARTA: Penyanyi Afgan memberitahu akan menyambut kedatangan tahun 2013 di New York, Amerika Syarikat bersama ahli keluarga selama seminggu.

Afgan memberitahu mereka membuat keputusan untuk meraikan tahun baru di negara itu kerana mereka sekeluarga belum pernah ke sana selain ingin merasai kemeriahan sambutan di New York.

"Sudah lama kami merancang untuk ke New York dan saya paling teruja untuk ke sana kerana sebelum ini ahli keluarga lain pernah ke sana," katanya ketika ditemui di Studio 6 RCTI.

Penyanyi kacak itu turut memberitahu pemergiannya ke sana adalah sebagai hadiah selepas bekerja keras sepanjang 2012 untuk membina kerjayanya.

"Sepanjang tahun saya bekerja keras dan sudah tiba masanya untuk saya berhibur sebagai hadiah untuk diri sendiri," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain