suria

Anak-Anak Mengelak Temui Demi More

Demi Moore
Demi Moore
Demi Moore

KELAKUAN aktres Demi Moore yang agak pelik sejak kebelakangan ini membuatkan anak-anaknya kurang senang dengan perangainya itu.

Menurut laporan portal Dailymail, gara-gara tingkah-laku 'gila' yang dilakukan Demi, ketiga-tiga anaknya iaitu Rumer Willis, Scout Willis dan Tallulah Willis cuba mengelak daripada bertemu ibu mereka sendiri.

Anak-anak hasil hubungan perkahwinan pertama Demi bersama aktor Bruce Willis itu juga tidak mahu bercakap dengannya yang semakin gemar bersosial.

"Baru-baru ini Demi membuatkan orang di sekelilingnya tercengang apabila dia berkelakuan aneh dengan menari ghairah bersama seorang lelaki muda.

"Perkara itu membuatkan ketiga-tiga anaknya itu terkejut dan jelik dengan perangai Demi," kata sumber.

Ini bukanlah kali pertama anak-anak aktres berusia 50 tahun itu menjauhkan diri.

Hal yang sama juga pernah berlaku selepas wanita itu bercerai dengan Ashton Kutcher pada tahun lalu apabila dia dilihat berlagak seperti orang muda dengan kekasihnya, Vito Schnabel.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain