suria

Anne Hathaway Gembira Jadi 'Penganggur'

Anne gembira tidak bekerja dan dapat meluangkan masa bersama suaminya.
Anne gembira tidak bekerja dan dapat meluangkan masa bersama suaminya.
Anne gembira tidak bekerja dan dapat meluangkan masa bersama suaminya.

PELAKON Anne Hathaway memberitahu dia gembira kerana sedang “menganggur” kerana aktiviti itu membolehkan dia berehat seketika daripada dunia lakonan.

Aktres berusia 30 tahun ini memberitahu Access Hollywood, walaupun dia telah mempunyai beberapa projek untuk tahun ini tetapi dia amat gembira apabila diberitahu kerja berkenaan ditangguhkan.

"Berita semua projek itu ditangguhkan adalah sangat baik kerana saya dapat meluangkan lebih masa bersama suami dan anjing peliharaan di rumah kami di New York," jelasnya.

Kata Anne, ini adalah masa paling sesuai untuk dia berehat dan mengadakan lebih banyak jamuan makan malam di rumahnya bersama rakan-rakan dan keluarga.

Artikel Lain