Lindsay LohanNEW YORK: Penyanyi Lindsay Lohan tidak akan menetap di rumah ibunya Dina Lohan di Long Island di sini seperti dilaporkan sebelum ini.Sebaliknya, Lohan bakal berkongsi menyewa sebuah emper bersama seorang rakan wanita di Manhattan. Akhbar New York Post melaporkan, menurut seorang sumber, pelakon berusia 26 tahun itu akan menetap bersama rakan wanita di bandaraya itu dan dia sudah tidak pulang ke rumah ibunya lebih daripada tempoh sebulan setengah.Sumber itu turut menambah bahawa Lohan tidak memiliki apartmen seperti didakwa sebelum ini.Pada minggu lalu, media melaporkan Lohan dipaksa berpindah ke rumah ibunya susulan status kewangannya yang diisytiharkan muflis.Difahamkan, dia tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan dia sudah tidak mampu untuk membayar sewa apartmennya di Los Angeles.Terdahulu, Lohan mengeluarkan kenyataan dia berpindah ke New York kononnya kerana sudah bosan dengan kehidupan di Los Angeles.